11
Jun
2016

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 29)

🔗 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 29)

📚 Bab 1⃣1⃣: Keutamaan Ibadah Di Bulan Ramadhan
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹
💎 Al-Imam as-Si’di berkata, “Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu. Barangsiapa melakukan solat malam (solat tarawih) selama Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu. Barangsiapa melakukan solat malam pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan) kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘alaih)”
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹

🔹Hadits ini menunjukkan kelebihan beramal pada bulan Ramadhan seperti dengan berpuasa sebulan penuh, solat malam (tarawih) sebulan penuh atau solat malam pada malam Lailatul Qadr, kerana iman dan mengharapkan pahala, akan mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya. 
🔹Dosa-dosa yang terhapus oleh amal-amal ibadah tersebut hanyalah dosa-dosa kecil. Pendapat inilah yang dianggap kuat oleh al-Utsaimin dan inilah pendapat yang benar, insyaAllah. Berdasarkan dalil:

📕“Solat lima waktu, Jumaat hingga Jumaat berikutnya, dan Ramadhan hingga Ramadhan berikutnya merupakan penghapus dosa-dosa yang ada di antara semua itu selama seseorang tetap meninggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

🔹Hadits tersebut juga menyebutkan tentang malam Lailatul Qadr, kerana keagungan dan kemuliaan malam tersebut, iaitu lebih baik daripada seribu bulan dan juga malam yang diberkahi, sebagaimana firman Allah:

📖 “Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)

📖 “Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an itu pada suatu malam yang diberkahi.” (Ad-Dukhan: 3)

❗Oleh kerana itu, disyariatkan menghidupkan malam tersebut dengan melakukan solat malam (tarawih) dan meninggalkan tidur.

🔹Ada pendapat mengatakan malam tersebut dinamakan Lailatul Qadr kerana saat itu para malaikat melakukan kembali penulisan takdir bagi segala kejadian setahun mendatang. Berdasarkan firman Allah:

📖 “Pada malam keberkahan itu dipisahkan segala urusan (iaitu takdir) yang penuh hikmah.” (Ad-Dukhan: 4)

🔹Dan juga disimpulkan bahawa permulaan Al-Qur’an diturunkan pada Lailatul Qadr yang terjadi di bulan Ramadhan. Berdasarkan firman Allah:

📖 “(Beberapa hari yang ditentukan itu adalah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

📖 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan).” (Al-Qadr: 1)

📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Si’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf