31
Jul
2016

Prinsip Ahlus Sunnah Terkait Dengan Ketaatan Kepada Ulil Amri (Pemerintah Islam) – Bahagian 4

🌅🕌 Prinsip Ahlus Sunnah Terkait Dengan Ketaatan Kepada Ulil Amri (Pemerintah Islam) – Bahagian 4

4⃣ Tidak Boleh Taat Kepada Ulil Amri Ketika Diperintah Kepada Kemaksiatan

«السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ»

📕“Wajib untuk mendengar dan mentaati (ulil amri) atas seorang muslim, baik dalam perkara yang ia sukai atau ia benci, selama ia tidak diperintah dengan kemaksiatan. Apabila diperintah untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat (dalam perkara maksiat tersebut).” (Al-Bukhari 7144)

✅ Iaini tidak mentaati perintah berbuat maksiat tersebut.
👉🏻 Bukan bererti kemudian keluar dari ketaatan kepada ulil amri secara keseluruhan, atau menentang dan memberontak kepadanya. Tidak demikian. Kerana Nabi ﷺ telah berpesan:

«مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَكَرِهَهُ فَلْيَصْبِرْ، فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ يُفَارِقُ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَيَمُوتُ، إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً»

📕“Barangsiapa mendapati pada pimpinannya sesuatu (kemungkaran) sehingga dia pun membencinya, maka hendaknya dia bersabar (iaini tidak keluar dari ketaatan). Kerana tidaklah seorang pun berpisah dari jama’ah (kaum muslimin) walaupun sejengkal saja, kemudian dia mati, kecuali matinya adalah kematian jahiliyyah.” (Al-Bukhari 7143)

🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya

✍🏼🇲🇾 Diterjemah ke Bahasa Malaysia:
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf