31
Jul
2016

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 5)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 5)

Bab 5⃣: Tanda-Tanda Ahli Sunnah

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, “…Siapa yang mengetahui apa yang dibuang dan ditinggalkan ahli bid’ah dari Sunnah ini dan ia justeru berpegang teguh dengannya, maka ia adalah pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, dan ia berhak untuk diikuti (diteladani), dibantu, dan dijaga bahkan dia termasuk yang dipesankan oleh Nabi Muhammad ﷺ.” (Syarhus Sunnah, 107)

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, “…Jika kamu lihat seseorang mendoakan kebaikkan untuk penguasa, maka ketahuilah bahawa ia adalah pengikut Sunnah -in syaa Allah-.” (Syarhus Sunnah, 116)

💎 Abu Hatim -رحمه الله- berkata, “Jika kamu lihat seseorang mencintai Imam Ahmad ketahuilah ia adalah pengikut Sunnah.” (Al-Siyar 11/198)

💎 Dari Ja’far bin Muhammad -رحمه الله- ia berkata, saya mendengar Qutaibah berkata, “Apabila kamu melihat seseorang mencintai ahli hadits seperti Yahya bin Sa’id dan Abdur Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin Hanbal serta Ishaq bin Rahawaih -ia menyebut beberapa orang lagi-, maka ketahuilah bahawa ia berada di atas as-Sunnah dan siapa yang menyelesihi mereka maka ketahuilah bahawa ia seorang mubtadi’ (ahli bid’ah).” (Al-Lalikai 1/67, no. 59)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf