18
Aug
2016

Nasihat & Kaedah Penting Dari Jibril عليهم السلام Buat Umat Muhammad ﷺ (Bahagian 2 – Akhir)

💯🌹Nasihat & Kaedah Penting Dari Jibril عليهم السلام Buat Umat Muhammad ﷺ (Bahagian 2 – Akhir)

💺Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer hafizhahullah

📅 Ringkasan Faedah Ilmiah Dari Tausiyah Umum ll Ma’had Al-Anshor ll Jogjakarta ll Ahad II 4 Dzulqaedah 1437H ll 7 Ogos 2016M

📝 “Cintailah sesiapa sesukamu, (tetapi ketahuilah) sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya.”
▪Betapa besar cinta kita kepada sesuatu, satu hari nanti kita akan berpisah dengannya. Jika kita mencintai isteri kita melebihi takarannya, melebihi cinta kita kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ, ketahuilah cinta itu akan habis dan akan datang satu masa yang memisahkan kita dengannya.
▪Maka jika kita mencintai sesuatu, dan kita yakin akan berlaku perpisahan, kecintaan kita itu tidak boleh berlebih-lebihan. Harus ada timbangan, dengan timbangan syariat. Begitu juga cinta kepada harta, harus ditimbang dengan timbangan syariat.

📝 “Dan beramallah sesukamu, (tetapi ketahuilah) engkau akan diberi balasan kerananya.”
▪Sekecil apa pun amalan kita, sebesar apa pun amalan kita, baik dalam bentuk kemaksiatan atau ibadah, akan tercatat dan dibalasi oleh Allah ﷻ.
▪Maka perlu bagi kita untuk berhati-hati dalam beramal, apakah amalan yang ingin kita lakukan itu adalah amalan soleh atau toleh (buruk), amalan yang diperintahkan atau yang dilarang.

📝 “Kemuliaan orang yang beriman adalah dengan solat malamnya dia, dan kehormatan seseorang adalah dengan tidak merasa bergantung terhadap manusia.”
▪Solat malam adalah kemuliaan bagi orang-orang yang beriman.
▪Kehormatan seseorang adalah tidak merasa tergantung kepada manusia. Tidak meminta-minta kepada manusia. Hanya Allah ﷻ tempat dia bergantung.

☝🏼Hadits ini adalah nasihat yang besar maknanya:
1⃣ Setiap manusia pasti akan mati.
2⃣ Setiap manusia pasti akan berpisah dengan yang dia cintai.
3⃣ Setiap manusia yang beramal pasti akan ada balasannya. Barangsiapa yang beramal baik, pasti akan dibalas dengan kebaikkan, barangsiapa yang beramal buruk, pasti akan dibalas dengan keburukkan.
☝🏼Inilah pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman. Semoga ini bermakna dan mampu menasihati diri kita semua.

Alhamdulillah. Selesai.

📂 (Ringkasan faedah ilmiah dari audio rakaman tausiyah umum al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer di Ma’had al-Anshor. Ringkasan ini telah dimuroja’ah oleh ustadz)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf