18
Aug
2016

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 6)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 6)

Bab 6⃣: Tanda-Tanda Ahli Bid’ah & Ahwa’

💎 Ayyub as-Sikhtiyani -رحمه الله- berkata, “Saya tidak mengetahui ada seseorang dari ahli ahwa’ yang berdebat kecuali dengan perkara (ayat) mutasyabihat.” (Al-Ibanah, no. 2/501, 605, 609)

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, “Jika kamu lihat seseorang mencela salah seorang sahabat Rasulullah ﷺ, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya dia telah mengucapkan kata-kata yang buruk dan termasuk ahli ahwa’.” (Syarhus Sunnah, no. 133)

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, “Jika kamu lihat seseorang mendoakan keburukkan terhadap penguasa, maka ketahuilah bahawa ia adalah pengikut hawa nafsu.” (Syarhus Sunnah, no. 136)

💎 Imam ash-Shabuni -رحمه الله- berkata, “Dan tanda-tanda ahli bid’ah itu sangat jelas kelihatan pada mereka dan salah satu tanda yang paling menonjol adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa berita dari Rasulullah ﷺ (iaini Ahlul Hadits) menghina dan meremehkan mereka.” (Aqidah Salaf Ash Habul Hadits, no. 163)

💎 Dari Qutaibah bin Sa’id -رحمه الله- berkata, “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadits, maka ketahuilah bahawa ia di atas as-Sunnah dan siapa yang menyelesihi perkara ini maka ketahuilah bahawa ia adalah mubtadi’.” (Mukadimah Muhaqqiq Kitab Syi’ar Ashhabul Hadits lil Hakim, 7)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf