24
Oct
2016

Inilah Yang Lebih Dikhawatirkan Oleh Nabi ﷺ Daripada Fitnah Dajjal

💥🌪🔥 Inilah Yang Lebih Dikhawatirkan Oleh Nabi ﷺ Daripada Fitnah Dajjal

🏅 Abu Said al-Khudri رضي الله عنه mengatakan,

📕 خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ

📕“Rasulullah ﷺ keluar menjumpai kami ketika kami sedang memperbincangkan al-Masih ad-Dajjal.”

☝🏼Rasulullah pun bersabda, “Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan menimpa kalian daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal?”

✅ Kami menjawab, “Tentu wahai Rasulullah.”

🔥Rasulullah bersabda, “Sesuatu tersebut adalah syirik khafi (yang sifatnya tersembunyi), (misalnya) ketika seseorang solat, lalu ia memperbagus solatnya kerana ada orang lain yang melihatnya.” (HR Ibnu Majah no. 4194)

🗒💨 Syirik khafi seperti yang digambarkan contohnya oleh Nabi ﷺ di atas merupakan perbuatan yang menunjukkan tidak adanya keikhlasan dalam beramal. Orang tersebut sengaja memperbagus solatnya kerana ada orang lain yang melihat dirinya. Inilah perbuatan riya’.

✅ Mengapa riya’ lebih dikhawatirkan oleh Nabi ﷺ daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal? Hal ini kerana:

1⃣ Riya’ boleh menimpa siapa saja, orang alim mahupun orang jahil, orang yang taat mahupun orang yang suka berbuat maksiat, semuanya boleh terjangkiti penyakit. Sementara fitnah Dajjal hanya akan menimpa orang-orang jahat dan jahil.

2⃣ Riya’ terjadi di sepanjang masa, dari dulu, sekarang, hingga hari kiamat. Sementara fitnah dajjal akan terjadi pada masa yang terbatas, iaitu di akhir zaman menjelang hari kiamat.

🌅🏞 Memang ikhlas dalam beramal itu amat sulit. Sementara tidak ikhlas dalam beramal itu mudah sekali menjangkiti kita. Riya’, sum’ah, ingin dipuji, ingin disebut seringkali muncul dalam benak fikiran kita. Semoga Allah selamatkan kita darinya.

🚀 Maka dari itu, senantiasa memperbetulkan niat adalah sesuatu yang penting, diiringi doa kepada Allah agar membersihkan niat amal yang kita lakukan.

Wallahu a’lam.

🌍 http://mahad-assalafy.com/2016/10/20/inilah-lebih-dikhawatirkan-nabi-shallallahu-alaihi-wasallam-daripada-fitnah-dajjal/

🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf