28
Feb
2017

Keutamaan Solat Sunnah Rawatib

🏡🕋🌴 Keutamaan Solat Sunnah Rawatib

📕Hadits yang datang dari Ummu Habibah, isteri Nabi ﷺ bahawa ia berkata, saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah seorang hamba muslim melakukan solat tathawwu’* yang bukan solat wajib untuk Allah setiap harinya 12 rakaat, melainkan Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga (atau: melainkan akan dibangunkan baginya sebuah rumah di syurga).” (HR Muslim)

✍🏼 Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Umar Bazmul حفظه الله menjelaskan, “Dalam sebuah riwayat milik at-Tirmidzi dan an-Nasa’i, 12 rakaat ini ditafsirkan: ‘4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat sesudah zohor, 2 rakaat sesudah maghrib, 2 rakaat sesudah isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh’.

☝🏼Saya (Syaikh Muhammad Bazmul) berkata: Hadits ini menunjukkan disunnahkannya melakukan solat tathawwu’ 12 rakaat setiap hari secara berterusan (rutin). Siapa yang menjaga sunnah rawatib tersebut, maka ia berhak mendapat fadhilah yang disebutkan dalam hadits ini kerana ia selalu melakukan solat setiap harinya 12 rakaat atau bahkan lebih (dengan solat sunnah lainnya, -pen.).”

* Makna tathawwu’ secara syar’i adalah tambahan terhadap sesuatu yang wajib dengan hak Islam.

📂 (Faedah ilmiah dari Kitab Bugyatul Mutathawwi’ fii Shalatit Tathawwu’, karya asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Umar Bazmul, terbitan Ash-Shaf Media)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf