25
Mar
2017

Bagaimana Caranya Agar Umat Ini Dapat Bersatu? (Bahagian 3 – Akhir)

🌏🌹🌈 Bagaimana Caranya Agar Umat Ini Dapat Bersatu? (Bahagian 3 – Akhir)

✍🏻 Berkata asy-Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan حفظه الله:

4⃣ Keempat: Mendamaikan hubungan di antara kita tatkala menjalar pertentangan antara peribadi atau antara kabilah/kelompok.

Allah Ta’ala berfirman:

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ

📖 “Oleh sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan sesama di antara kamu;” (Al-Anfal: 1)

5⃣ Kelima: Memerangi kaum pemberontak dan khawarij (terorris), yang mereka itu menginginkan untuk memecah belah kaum muslimin. Apabila mereka memiliki kekuatan dan mengancam persatuan kaum muslimin serta merosak keamanan.

Allah Ta’ala berfirman:

فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ

📖 “Apabila yang satu melanggar perjanjian (memberontak) terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah.” (Al-Hujuraat: 9)

⚔ Oleh kerana itu Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه dahulu memerangi kelompok pemberontak dan khawarij. Ini termasuk di antara keutamaan/jasa beliau yang paling besar.

📚 Al-Ajwibah al-Mufidah 211 – 213

Alhamdulillah. Selesai.

🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf