27
Mar
2017

Penjelasan Tentang Apa Yang Sering Disalahfahami Oleh Masyarakat Tentang Bulan Rajab (Bahagian 1)

🌔🌹🌼 Penjelasan Tentang Apa Yang Sering Disalahfahami Oleh Masyarakat Tentang Bulan Rajab (Bahagian 1)

✍🏻 Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin رحمه الله berkata:

كل الأ‌حاديث الواردة في فضل الصلا‌ة في رجب أو في فضل الصيام في رجب كلها أحاديث ضعيفة جداً

Hadits-hadits yang menyebutkan tentang keutamaan solat pada bulan Rajab atau keutamaan puasa pada bulan Rajab, semuanya lemah sekali.

بل قد قال بعض العلماء إنها موضوعةٌ ومكذوبةٌ على النبي صلى الله عليه وسلم فلا‌ يحل لأ‌حد أن يعتمد على هذه الأ‌حاديث.

Bahkan, sebahagian ulama mengatakan bahawa hadits-hadits tersebut dipalsukan dan didustakan atas nama Nabi ﷺ. Kerana itu, tidak boleh ada seorang pun bersandar pada hadits-hadits ini.

لا‌ يحل لأ‌حد أن يعتمد عليها فيخص رجب بصيامٍ أو صلا‌ة؟ لأ‌ن ذلك بدعة وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم : (كل بدعةٍ ضلا‌لة وكل ضلا‌لةٍ في النار)

Tidak boleh ada seorang pun bersandar pada hadits-hadits tersebut sehingga mengkhususkan berpuasa atau melaksanakan solat (tertentu) pada bulan Rajab. Sebab, hal itu adalah bid’ah. Sedangkan Nabi ﷺ telah bersabda, “Setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu di neraka.”

حديث أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا دخل شهر رجب: “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنارمضان

Ada hadits yang menyebutkan bahawa dahulu apabila memasuki bulan Rajab, Nabi ﷺ berdoa, “Ya Allah, berilah barakah untuk kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

ولكن هذا أيها الأ‌خوة وأسمعوا ما أقول هذا حديثٌ ضعيفٌ منكرٌ لا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم ولهذا لا‌ ينبغي للإ‌نسان أن يدعو بهذا الدعاء لأ‌نه لم يصح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Akan tetapi, hadits ini —wahai saudara-saudara, dengarkan apa yang aku ucapkan— adalah hadits lemah dan mungkar, tidak sahih dari Nabi ﷺ. Oleh kerana itu, tidak seharusnya seseorang berdoa dengan doa ini. Sebab, doa ini tidak sahih dari Rasulullah ﷺ.

إنني أقول لكم مبيناً الحق إن شهر رجب ليس له صلا‌ةٌ تخصه لا‌ في أول ليلة جمعة منه وليس له صيامٌ يخصه في أول يومٍ منه ولا‌ في بقية الأيام.

Sungguh, aku katakan kepada kalian —dalam rangka menjelaskan kebenaran— bahawa tidak ada solat khusus pada bulan Rajab, tidak ada pula puasa khusus, baik pada hari pertama mahupun pada hari-hari yang tersisa.

Bersambung, insyaAllah.

📚 Kunjungi || http://forumsalafy.net/diantara-bidah-bidah-bulan-rajab/

⚪ WhatsApp Salafy Indonesia

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf