Melupakan Sedekah Sehingga Nyawa Sudah Di Kerongkong
💰🕯Melupakan Sedekah Sehingga Nyawa Sudah Di Kerongkong
📕 Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Busr bin Jihhasy al-Qurasyi bahawasanya Rasulullah ﷺ pada suatu hari meludah pada telapak tangannya. Kemudian beliau meletakkan jarinya pada telapak tersebut lalu bersabda:
🌴 Allah berfirman, “Wahai anak Adam, manakah mungkin kamu akan dapat membuatKu lemah padahal Aku telah menciptakanmu dari air seperti ini? Hingga ketika Aku telah menyempurnakanmu dan menegakkanmu, lalu kamu berjalan dengan mengenakan dua pakaian, dengan menginjak bumi dengan keras (hingga keluar suara injakanmu, -pen.)
❗Kamu mengumpulkan (untuk dirimu) dan menahan (tidak mahu berinfak kepada orang lain). Hingga ketika (nyawa) kamu telah sampai kerongkong (hampir mati, -pen.), kamu mengatakan “Aku akan bersedekah.” Padahal waktu itu sudah tidak ada lagi waktu untuk bersedekah.” (Musnad Ahmad 4/210, Ibnu Majah 2707, dalam Zawaid al-Bushiri dinyatakan “Sanadnya sahih dan para perawinya terpercaya”)
📂 (Kitab Umdatuttafsir ‘an al-Hafizh Ibni Katsir -Mukhtashar Tafsir al-Qur’anil Azhim-, karya asy-Syaikh Ahmad Syakir, terbitan Attuqa)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf