11
Apr
2018

Sakit Merupakan Bahagian Dari Ujian

🍃🌿 Sakit Merupakan Bahagian Dari Ujian 🌿🍃

📕Para pembaca rahimakumullah, sakit merupakan salah satu ujian dari jenis kesedihan dan kesusahan. Seseorang yang sakit telah dicabut darinya sebuah nikmat yang besar iatu nikmat kesihatan. Dia baru menyedari nikmatnya sihat ketika rasa sakit telah menimpa dirinya.

📕Demikianlah keadaaan majoriti kita, tidak menyedari betapa penting dan besarya nikmat kesihatan, kebanyakan justeru melalaikannya, padahal Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan :

”Ada dua nikmat yang kebanyakan orang Ialai darinya, iatu nikmat kesihatan dan waktu Iuang.”

*(HR. Al-Bukhari)*

📕Namun ketahuilah bahawa sakit yang menimpa seseorang, boleh menghasilkan kebaikan ataupun keburukan. Baginda Nabi Sallallaahu Alaihi Wasallam bersabda :

“Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian. Sesungguhnya, Allah jika mencintai suatu kaum, pasti akan menguji mereka. Barangsiapa reda dengan ujian tersebut, maka baginya keredaanNya. Namun barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaanNya pula.”

*(HR. At Tirmidzi dan Ibn Majah)*

📂 (Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 04/1435H/2013M)

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf