22
Mar
2020

Islam Mengajarkan Wajib Untuk Mentaati Pemimpin Selagi Ianya Bukan Perkara Maksiat

👑 Islam Mengajarkan Wajib Untuk Mentaati Pemimpin Selagi Ianya Bukan Perkara Maksiat

📖 Allah سبحانه وتعالى berfirman (ertinya), “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati RasulNya dan Ulil Amri di antara kalian…” (An-Nisa: 59)

☝🏼Syaikh Abdurrahman as-Si’di رحمه الله berkata, “(Dalam ayat ini) Allah memerintahkan (kaum mukminin) untuk taat kepadaNya dan taat kepada RasulNya iaitu dengan mengerjakan perintah keduanya baik yang wajib mahupun yang sunnah dengan menjauhi larangan keduanya. Dan Allah juga memerintahkan (kepada kaum mukminin) untuk taat kepada Ulil Amri, iaitu orang yang mengurusi kepentingan umat, baik itu Umara, pemerintah mahupun mufti-mufti kerana sesungguhnya tidak akan konsisten urusan deen (agama) dan dunia kecuali dengan taat kepada mereka dan tunduk kepada perintah-perintah mereka dalam rangka taat kepada Allah dan mengharap pahala yang ada di sisiNya. Akan tetapi dengan syarat mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan. Apabila mereka memerintahkan kepada kemaksiatan, maka tidak ada taat kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah…” (Taisirul Karimir Rahman fi Tafsiri Kalamil Mannan 2/89-90)

📂 https://salafy.or.id/blog/2005/12/13/taat/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf