28
Sep
2020

Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 35)

🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺

🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 35)

📝 Bab: Syirik Kecil
❓Soalan 1️⃣:
Apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil?

✅ Jawab:
Syirik kecil adalah riya’ (beramal kerana ingin dilihat manusia).

📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “… Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (Al-Kahfi: 110)

📕Dalil dari As-Sunnah:
Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku khawatirkan atas kalian adalah syirik kecil, iaini riya’.” (HR Ahmad, Sahih)

Dan termasuk syirik kecil adalah ucapan seseorang misalnya, “Kalaulah bukan kerana Allah dan kerana fulan!” atau “Demi Allah dan fulan” atau “Apa yang dikehendaki Allah dan dikehendaki fulan”.

Nabi ﷺ bersabda, “Janganlah kalian mengatakan, “apa yang dikehendaki Allah dan fulan”, akan tetapi katakanlah, “apa yang dikehendaki Allah kemudian yang dikehendaki fulan”.” (HR Abu Dawud, Sahih)

📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf