19
Feb
2021

Ibadah Menambah Kekuatan Seorang Hamba

🕋 Ibadah Menambah Kekuatan Seorang Hamba

☝🏼Al-Imam Ibnu Katsir رحمه الله berkata:

“Nabi Hud berkata sebagaimana Allah khabarkan:

وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُ

“Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) Hud, saudara mereka. Dia berkata, “Wahai kaumku, ibadahlah kepada Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia”.” (Al-Arof: 65)

Kemudian beliau katakan:

وَيَٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا وَيَزِدۡكُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ

“Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku, mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras. Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu”.” (Hud: 52)

💪🏼 Kekuatan ini mencakup semua bentuk kekuatan. Maka orang yang beribadah Allah tambah kekutan iman, yakin, agama dan tawakalnya serta yang selain itu dari yang sejenisnya.

Allah pula akan tambah kekuatan pandangan, pendengaran, jasad, harta dan anaknya serta kekuatan selain itu. Wallahu Ta’ala A’lam.

Al-Imam Wahb bin Munabih رحمه الله berkata:
“Orang yang beribadah akan semakin bertambah kekuatannya, sebagaimana orang yang malas (beribadah) akan bertambah lemah.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Az-Zuhud 300)

Ibnu Katsir berkata:
“Hal ini terbukti mujarab bahawa ibadah itu membuat badan semangat dan lentur, sementara tidur membuat badan malas dan kaku.”

(Bidayah 9/322)

فاللهم وفقنا لطاعتك

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf