26
May
2021

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 15)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 15)

Bab 1⃣2️⃣: Buruknya Berdebat & Berbantahan Mengenai Agama (Bahagian 2)

🗞 Dari Yahya bin Sa’id ia berkata, Umar bin Abdul Aziz رحمه الله berkata, “Siapa yang menjadikan agamanya bahan perdebatan dan perbantahan, maka ia adalah orang yang paling sering berpindah-pindah (jalan pemikirannya).” (Al-Ibanah 2/471-472, no. 481)

🗞 Dari Abdush Shamad bin Ma’qil ia berkata, saya mendengar Wahb رحمه الله berkata, “Tinggalkanlah perbalahan dan perdebatan dalam urusanmu kerana sesungguhnya kamu tidak mungkin melemahkan salah satu dari dua lawanmu iaitu seorang yang lebih alim darimu maka bagaimana mungkin kamu membantah dan mendebat orang yang jelas lebih alim dari kamu? Dan seorang yang kamu lebih alim dari dia maka apakah wajar kamu membantah dan mendebat orang yang lebih bodoh dari kamu? Sedangkan ia tidak akan mentaati kamu, putuslah yang demikian atasmu.” (Asy-Syariah 64)

📂 Faedah dari Kitab:

لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة

Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf