3
Jun
2021

Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 38)

🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺

🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 38)

📝 Bab: Tawassul & Mencari Syafaat
❓Soalan 2️⃣:
Apakah ketika berdoa kita perlu menjadikan perantara manusia?

✅ Jawab:
Tidak perlu menjadikan perantara manusia dalam berdoa, kerana Allah سبحانه وتعالى telah berfirman.

📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku itu dekat.” (Al-Baqarah: 186)

📕Dalil dari As-Sunnah:
Nabi ﷺ bersabda (ertinya), “Sesungguhnya kalian berdoa kepada Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia bersama kalian (dengan ilmuNya, -pent.).” (HR Muslim)

📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf