19
Jul
2021

Manfaatkan Waktu Yang Agung Di Hari Arafah

⛰️🌴 Manfaatkan Waktu Yang Agung Di Hari Arafah

☝🏼Al-Imam an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Dan telah kami sebutkan tentang dzikir-dzikir berdasarkan hadits nabi:

”خير الدعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير“

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah dan dan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير“

• Maka disunnahkan memperbanyak dzikir dan doa dan bersungguh-sungguh dalam hal itu kerana hari ini adalah hari terbaik dalam setahun untuk berdoa. Dan juga hari ini adalah induk haji serta inti sarinya. Oleh kerana itu hendaknya setiap hamba meluangkan segenap waktu dan upayanya untuk memperbanyak dzikir dan doa serta tilawatil quran.

• Hendaklah dia berdzikir dengan berbagai macam dzikir dan doa. Berdoa untuk dirinya sendiri. Berdzikir di setiap tempat. Berdoa seorang diri atau bersama orang lain. Berdoa untuk dirinya sendiri, untuk kedua orang tuanya, untuk karib kerabatnya, masyayikhnya, para sahabatnya, orang yang dia cintai dan orang yang berjasa padanya dan segenap kaum muslimin.

• Hendaklah waspada dari bermalas-malasan dalam hal itu kerana hari ini jika terlewat maka tidak dapat diganti, berbeza dengan hari-hari yang lainnya.”
(Al-Adzkar 1/198)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf