15
Feb
2022

Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 40)

🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺

🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 40)

📝 Bab: Tawassul & Mencari Syafaat
❓Soalan 4️⃣:
Apa fungsi perantaraan rasul?

✅ Jawab:
Fungsi perantaraan rasul adalah tabligh (menyampaikan dakwah).

📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu.” (Al-Ma’idah: 67)

📕Dalil dari As-Sunnah:
Nabi ﷺ bersabda (ertinya), “Ya Allah saksikanlah, sebagai jawapan dari perkataan para sahabat yang mengatakan: “Kami bersaksi bahawa anda benar-benar telah menyampaikan”.” (HR Muslim)

📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf