15
Oct
2022

Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 39)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 39)

📚 Bab 2⃣7⃣:
Tunduk Berserah Diri Kepada Nash (Dalil) Sekalipun Tidak Mengetahui Tafsirnya (Bahagian 3)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Juga seperti (ertinya), “Termasuk kufur terhadap Allah adalah berlepas diri dari nasab, sekecil apapun”.

Dan semisal hadits-hadits ini yang sahih serta dihafal, maka kita menerimanya, sekalipun kita tidak mengetahui tafsirnya. Kita juga tidak berkata-kata dan berdebat tentangnya. Kita tidak menafsirkan hadits-hadits ini melainkan sebagaimana datangnya, tidak pula kita menolaknya kecuali dengan yang lebih benar darinya.*”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Ini merupakan sikap tawadhu’ dari al-Imam Ahmad رحمه الله. Dan boleh jadi pula yang beliau maksudkan ialah kalangan awam yang tidak mengetahui tafsirnya, agar mereka (tetap mahu) menerima.

Adapun al-fuqaha (orang-orang faqih) serta ar-rasikhun (yang kukuh ilmunya) semisal al-Imam Ahmad, maka tafsir beliau di atas jalan Ahlus Sunnah. Beliau perangi Khawarij yang bersandar kepada nas-nas seperti ini (ancaman). Dan beliau juga memerangi Murji’ah yang berpegang dengan nas-nas janji (harapan). Bahkan beliau perangi setiap firqah (kelompok sesat). Ini semua menunjukkan bahawa beliau memang seorang imam dalam as-Sunnah dan mengetahui pula tafsir hadits-hadits seperti tadi.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf