13
Dec
2022

Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 41)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 41)

📚 Bab 2⃣8️⃣:
Beriman Bahawa Syurga & Neraka Adalah Makhluk & Hukum Orang Yang Mengingkarinya (Bahagian 2)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “(Sabda Rasulullah (ertinya)): “Dan aku pernah menjenguk ke Neraka, maka aku menyaksikan demikian dan demikian…”.*

Oleh kerana itu, barangsiapa Yang beranggapan bahawa keduanya belum diciptakan, bererti ia telah mendustakan Al-Qur’an serta hadits-hadits Rasulullah ﷺ. Dan aku tidak menganggapnya beriman kepada Syurga dan Neraka.**”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Allah berfirman (ertinya), “Syurga telah disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133).

Rasulullah ﷺ bersabda (ertinya), “Aku pernah menjenguk ke Syurga, maka aku melihat majoriti penghuninya adalah orang-orang miskin. Dan aku juga menjenguk ke Neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR Muslim).

Jadi, dalil-dalil tentang adanya wujud Syurga dan Neraka (sekarang), demikian pula bahawa keduanya adalah makhluk sangatlah banyak.”

** Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Dan boleh jadi pula di antara orang-orang yang sesat lagi menyimpang itu ada yang mentakwil perkara tersebut, sehingga kita tidak mengkafirkan mereka. Namun boleh jadi pula di antara mereka memang ada orang zindiq yang mendustakan (hal ini) dalam bentuk perbuatan, maka jelas ia seorang zindiq yang mendustakan.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf