18
Jan
2023

Beberapa Jenis Berdiri Untuk Orang Lain

Beberapa Jenis Berdiri Untuk Orang Lain

عن معاوية بن أبي سفيان، ”من أحبَّ أن يتمثَّلَ له النّاسُ قيامًا، فليتبوَّأْ مقعدَه من النّارِ.“ (أخرجه أبو داود ٥٢٢٩، والترمذي ٢٧٥٥، وأحمد ١٦٨٣٠)

Dari Muawiyah bin Abi Sufyan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Barang siapa yang bangga dimuliakan orang lain dengan berdiri untuknya, maka persiapkan tempat kembalinya di neraka.” (Abu Dawud 5229, at-Tirmidzi 2755, Ahmad 16830)

• Asy-Syaikh Ibn Baz رحمه الله berkata, “Berdiri untuk orang lain ada tiga jenis:
1. Mereka berdiri untuknya sebagai bentuk pengagungan sementara dia sedang duduk, yang demikian tidak boleh sebagaimana dilakukan oleh Ajam (orang bukan Arab) terhadap pembesar atau tokoh mereka.

2. Berdiri dalam rangka memuliakan kerana masuk atau keluarnya seseorang, bukan untuk menyambut atau berjabat tangan dengannya, maka yang demikian paling ringannya makruh. Dan para sahabat tidak berdiri saat Nabi datang kepada mereka kerana mereka tahu Nabi tidak menyenangi hal tersebut.

3. Berdiri dalam rangka menyambut seseorang yang datang untuk berjabat tangan dengannya atau untuk dia hantarkan ke tempat yang disediakan untuknya atau yang serupa dengan itu, maka yang demikian itu tidak mengapa bahkan termasuk Sunnah.” (Majmu Fatawa Ibn Baz 4/394)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf