23
Jan
2023

Duduk Tawaruk Ketika Solat

🕋🌴 Duduk Tawaruk Ketika Solat

🎙️ Asy-Syaikh Muhammad Shalih al-Utsaimin رحمه الله

❓Soalan:
Bilakah disunnahkannya duduk tawaruk¹ dalam solat?

✅ Jawapan:
Tawaruk hukumnya Sunnah.
• Tawaruk dilakukan di tasyahud akhir di setiap solat yang ada dua tasyahudnya, iaitu waktu maghrib, zuhur, asar dan isya. Adapun solat subuh atau solat-solat yang dua rakaat, tidak ada tawaruknya.

• Tawaruk dilakukan di tasyahud yang diakhiri dengan salam.

• Bila seseorang solat bersama imam; solat zuhur, dia masuk di rakaat kedua (masbuk), ketika sang imam melakukan tasyahud akhir, sementara dia masih kurang satu rakaat, maka dia tidak bertawaruk bersama imam. Ketika itu untuk sang imam tasyahud akhir sedangkan untuknya belum tasyahud akhir. Maka jangan melakukan tawaruk bersama imam, lakukanlah tawaruk sendiri selepas dari imamnya.

📂 binothaimeen.net

¹ Tawaruk: Cara duduk di tasyahud akhir dengan meletakkan kaki kiri di bawah betis kaki kanan sementara telapak kaki kanannya di tegakkan.

✍🏼 Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf