10
Mar
2023

Pengaruh Isteri Solehah Terhadap Keistiqamahan Suaminya

🌹👜 Pengaruh Isteri Solehah Terhadap Keistiqamahan Suaminya

• Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata, “Suatu ketika aku hendak membeli pakaian di Mekah, si penjual memuji-muji barangnya dengan pelbagai sumpahan, maka aku tinggalkan dia sembari aku katakan sungguh tidak patut membeli dari orang seperti ini dan aku pun membeli dari orang lain. Dua tahun berikutnya aku haji dan aku temui kembali penjual dahulu yang aku temui, namun kali ini berbeza, dia tidak lagi bersumpah-sumpah memuji-muji barangnya, maka aku bertanyakan bukankah kamu adalah orang yang aku temui beberapa tahun lalu? Dia pun menjawab benar. Kemudian aku tanya kembali apa yang membuatmu berubah, kenapa aku tidak lagi melihatmu bersumpah-sumpah memuji-muji barangmu? Dia menjawab bahawa isteriku yang dahulu jika aku beri sedikit dia menghinakanku, jika aku beri banyak dia anggap itu sedikit, (dan begitu sikapnya) hingga ia wafat. Kemudian aku menikah dengan isteriku yang sekarang ini, setiap kali aku hendak berangkat ke pasar ia pegang aku seraya berkata, bertakwalah kepada Allah dan jangan engkau beri makan kami kecuali yang baik, jika saja engkau beri kami sedikit tetap akan kami anggap itu banyak, namun jika engkau pulang tanpa membawa hasil kami pun tetap membantumu dengan kain yang kami pintal.” (Al-Mujalasah wa Jawahirul Ilm 141)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf