28
Jun
2023

Berhusnu Dzonlah Kepada Allah Di Hari Arafah

⛺🕋 Berhusnu Dzonlah Kepada Allah Di Hari Arafah

• Abdullah bin Mubarak رحمه الله berkata, “Aku datang kepada Imam Sufyan ats-Tsawri pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) dalam keadaan beliau sedang duduk pada kedua lututnya dan air mata beliau berlinang lalu beliau menoleh kepadaku, maka aku pun bertanya kepada beliau, “Siapakah orang yang paling buruk keadaannya saat ini?” Beliau menjawab, “Dia adalah orang yang mengira bahawa Allah tidak akan memaafkannya.”

• Dan diriwayatkan dari Fudhail ibn Iyyadh رحمه الله, ketika beliau melihat orang pada bertasbih (dzikir) dan menangis di petang hari Arafah (9 Dzulhijjah), maka beliau berkata, “Menurut kalian kalau seandainya orang-orang ini mendatangi seseorang dan minta kepadanya satu danik (1/6 dirham, ertinya nilai yang kecil sekali) apakah mungkin akan dia tolak?” Mereka menjawab, “Tidak mungkin”. Maka kata Fudhail, “Demi Allah, ampunan bagi Allah lebih ringan dibanding pemberian satu danik orang tersebut.”
(Lathoif Maarif 632)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf