Memuji Allah Dengan Qalbu Yang Redha
Memuji Allah Dengan Qalbu Yang Redha
• Ahmad bin Abu Hawariy رحمه الله berkata, “Aku diskusi bersama Abu Sulayman (Abdurrahman bin Ahmad ad-Daroniy) tentang hadits yang menyebutkan bahawa yang pertama dipanggil ke syurga adalah orang-orang yang banyak memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), iaitu hadits:
عن عبد الله بن عباس، ”أولُ منْ يُدعى إلى الجنةِ الحمادُونَ، الذين يحمَدونَ اللهَ على السراءِ و الضراءِ.“
Dari Abdullah bin Abbas, “Yang pertama dipanggil ke syurga adalah orang-orang yang banyak memuji Allah baik dalam keadaan suka mahupun duka.” (HR Thobroni dalam Mujam Awsath 3/240)
Beliau menjelaskan bahawa makna hadits bukan bererti kamu memujiNya sementara qalbumu merasa keberatan, kerana jika demikian maka kembalilah dirimu pada derajat orang-orang yang sabar. Alhamdu adalah dengan kamu memujiNya dan qalbumu menerima serta redha.” (Madarij Salikin 2/218)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf