Ucapkanlah Dengan Yang Lebih Baik Agar Tidak Timbul Permusuhan
️ Ucapkanlah Dengan Yang Lebih Baik Agar Tidak Timbul Permusuhan
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
“Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, syaitan itu (selalu) menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sungguh, syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Al-Israa’: 53)
• Ibnu Katsir رحمه الله berkata, “Allah perintahkan rasulNya untuk memerintahkan hamba-hambaNya mukminin agar dalam bicara dan percakapan mereka berkata dengan perkataan yang lebih baik (bukan sekadar baik) dan ucapan yang baik pula, kerana jika mereka tidak lakukan hal itu syaitan akan merosak hubungan di antara mereka. Sehingga dari perkataan itu muncul perbuatan dan terjadilah keburukan, permusuhan dan peperangan kerana syaitan adalah musuh bagi Adam dan anak cucunya.” (Tafsir Ibnu Katsir 5/87)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf