12
Sep
2023

Tangis Seorang Anak (Bayi) Bukan Hanya Kerana Sakit, Lapar Atau Dahaga

Tangis Seorang Anak (Bayi) Bukan Hanya Kerana Sakit, Lapar Atau Dahaga

• Dari Aisyah رضي الله عنها bahawa Rasulullah ﷺ mendengar tangisan anak kecil maka baginda berkata (ertinya), “Mengapa anak-anak kalian menangis, mengapa kalian tidak meruqyahnya dari mata (‘ain)?” (Musnad Ahmad 24442 dan dihasankan al-Albani dalam Shohihah 1048)

• Boleh jadi anak kecil itu menangis kerana sebab terkena ‘ain (panahan mata) dan belum tentu kerana sesuatu penyakit, lapar atau dahaga. Oleh itu ibu bapa seharusnya jangan hanya sibuk memberikan anaknya ubat, makanan atau minuman, sementara mereka lalai dari meruqyah anaknya.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf