16
Sep
2023

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 18)

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 18)

Bab 1⃣5️⃣: Ahli Bid’ah Lebih Jahat Dari Orang Yang Fasiq (Bahagian 1)

Abu Musa رحمه الله berkata, “Berjiran dengan Yahudi dan Nasrani lebih aku senangi daripada bertetangga dengan pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah), kerana ini menyebabkan hatiku berpenyakit.” (Al-Ibanah 2/468 no. 469)

Yunus bin Ubaid رحمه الله berkata kepada anaknya, “Aku melarang kamu berzina, mencuri dan meminum arak. Namun seandainya kamu bertemu Allah Azza wa Jalla dengan (masih) melakukan ini lebih aku senangi daripada kamu bertemu Allah dengan membawa pemikiran Amru bin Ubaid dan sahabat-sahabatnya.” (Al-Ibanah 2/466 no. 464)

Yahya bin Ubaid رحمه الله berkata, “Seorang Mu’tazili menemuiku ingin berbicara. Lalu aku berdiri dan berkata, “Kamu yang pergi dari sini atau saya yang pergi, kerana sesungguhnya berjalan dengan Nasrani lebih saya senangi daripada berjalan bersamamu”.” (Al-Bida’ 59)

Sa’id bin Jubair رحمه الله berkata, “Seandainya anakku berteman dengan orang fasiq licik tetapi Sunni, lebih aku senangi daripada dia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’ (ahli bid’ah).” (Al-Syarhu wal Ibanah, Ibnu Baththah 132 no. 89)

Faedah dari Kitab:

*لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة*

Karya *Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi*. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf