25
Sep
2023

Cinta Para Isteri Salaf Kepada Suaminya

Cinta Para Isteri Salaf Kepada Suaminya

• Ummu Darda رضي الله عنها berkata, “Ya Allah, sungguh Abu Darda telah melamarku dan telah menikahi aku di dunia. Ya Allah, maka aku melamar beliau kepadaMu, aku memohon kepadaMu untuk Engkau nikahkan aku dengannya di syurga.”

Maka Abu Darda رضي الله عنه berkata kepadanya, “Jika itu yang engkau inginkan maka aku sebagai suamimu yang pertama, maka jangan kamu menikah dengan lelaki lain sepeninggalku.”

Dan setelah Abu Darda wafat dan kerana padanya ada kecantikan, beliau kemudian dilamar oleh Muawiyah رضي الله عنه, namun beliau tolak dan beliau katakan, “Tidak demi Allah, aku tidak akan menikahi seorang suami lain di dunia ini, sampai aku akan menikahi Abu Darda di syurga kelak.” (Hilya Awliya 1/224)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf