26
Oct
2023

Pentingnya Memilih Perkataan Yang Terbaik Ketika Berbicara

Pentingnya Memilih Perkataan Yang Terbaik Ketika Berbicara

• Harun ar-Rasyid رحمه الله cenderung lebih senang kepada Abdullah daripada Muhammad. Dan hal itu membuat ibu Muhammad cemburu kerana Harun lebih senang kepada putera seorang hamba.

Maka Harun katakan kepada ibu Muhammad, “Akan aku jelaskan kepadamu alasanku”. Lalu beliau pegang masawiik kemudian beliau panggil Muhammad, “Wahai Muhammad, apa ini?” Jawab Muhammad, “Masawiik”.

Setelah itu beliau panggil Abdullah lalu beliau tanya, “Wahai Abdullah apa ini?” Jawab Abdullah, “Itu merupakan lawan dari kebaikanmu wahai Amirul Mukminin”.

Dan Zubaidah (ibu Muhammad) setelah mendengar semua itu memahami alasan mengapa Harun ar-Rasyid lebih cenderung menyenangi Abdullah.
(Qiladutun Nahr 429)

• Hal di atas kerana kalimat “masawiik” (jama’ miswaak) walaupun bererti gagang siwak (pemegang kayu sugi), namun sekaligus juga boleh bermakna “kejelekanmu”. Oleh kerana itu Abdullah menghindari menyebutkan perkataan mawasiik itu dan dia katakan, “lawan dari kebaikanmu”.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf