23
Dec
2023

Akhlak Seorang Ulama

Akhlak Seorang Ulama

• Al-Imam adz-Dzahabi رحمه الله ketika menyebutkan biografi al-Imam Khalil bin Ahmad al-Farohidiy رحمه الله beliau sebutkan, “Beliau merupakan kepala dalam Bahasa Arab, kuat agamanya, wara’, qana’ah, tawadhu dan besar kedudukan beliau.

Ayub bin Mutawakil berkata, “Khalil bin Ahmad jika memberi sesuatu faedah kepada seseorang, tidak beliau tampakkan kepadanya bahawa beliau telah memberinya faedah. Namun jika beliau mendapat suatu faedah dari seseorang, beliau tampakkan kepadanya bahawa beliau telah mendapatkan faedah itu darinya.”

Kemudian adz-Dzahabi berkomentar, “Di zaman kita justeru ada beberapa kelompok orang yang sebaliknya (jika dia dapati suatu faedah dari orang lain, tidak dia tampakkan. Tapi jika dia beri faedah kepada orang lain, dia tampakkan bahawa faedah itu darinya)”.”
(Siyar A’lam Nubala 7/329)

نسأل الله العافية

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf