16
Feb
2024

Jangan Lupakan Saudara Perempuanmu Yang Berhak Untuk Disantuni

Jangan Lupakan Saudara Perempuanmu Yang Berhak Untuk Disantuni

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim serta orang-orang miskin. Dan bertuturkatalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat”.” (Al-Baqarah: 83)

• Al-Imam al-Qurthubi رحمه الله berkata, “Ertinya Kami perintahkan mereka untuk juga berbuat baik, berbuat ihsan kepada orang-orang miskin, iaitu mereka yang terdesak dan merendah kerana hajat dan keperluan mereka. Maka ayat ini merupakan ajakan untuk bersedekah, peduli serta memperhatikan keadaan orang miskin dan orang yang lemah.

• Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

الساعي على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله وأحسبه قال وكالقائم لا يفتر وكالصائم لا يفطر رواه البخاري ومسلم

“Orang yang berbuat untuk mencukupi para janda dan orang miskin itu ibarat seperti mujahid fi sabilillah, (dan aku duga baginda juga berkata) seperti orang yang solat malam yang tiada hentinya serta seperti orang yang berpuasa yang tiada hentinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

• Ibnu Mundzir رحمه الله berkata, “Bahawa Imam Thowus (seorang Tabi’in) menganggap orang yang berbuat untuk mencukupi saudara (adik beradik) perempuannya itu lebih afdhal dari mujahid fi sabilillah”.” (Tafsir Qurthubi 2/16)

• Yang sering terlupakan adalah saudara perempuan kita, kakak ataupun adik kita, mereka perlu untuk kita ziarahi (kunjungi). Kita bertanyakan tentang keadaan mereka. Kita berikan mereka harta kita walaupun tidak seberapa. Kita perhatikan dan kita sayangi anak-anak mereka. Maka jadilah bagi mereka seperti seorang ayah yang penyayang dan rahmat. Jadikan mereka merasa memiliki ayah yang kedua.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf