Malam Ini Disebut Dengan Malam Al-Juhani
Malam Ini Disebut Dengan Malam Al-Juhani
• Seperti disebutkan Ibnu Abdil Barr رحمه الله dalam Al-Istidzkaar 3-410, “Malam tanggal dua puluh tiga bulan Ramadhan merupakan salah satu malam witir (ganjil) pada sepuluh hari terakhir, yang diharapkan sebagai salah satu malam yang di dalamnya terdapat Lailatul Qadar.”
• Ibnu Abdil Barr berkata, “Malam ini di Madinah dikenal dengan Malam Al-Juhani.”
• Al-Imam Muslim رحمه الله meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abdullah bin Unais Al-Juhani رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda (ertinya), “Diperlihatkan padaku malam Lailatul Qadar, lalu aku dilupakan tentangnya dan bahawa aku di pagi harinya sujud di air dan tanah.” Abdullah berkata, “Turun hujan pada kami pada malam tanggal dua puluh tiga dan Rasulullah mengimami kami dalam solat kemudian baginda pergi dan sungguh air dan tanah ada di kening dan hidung baginda.”
• Dari hadis Abdullah bin Unais berkata, “Ya Rasulullah, aku mempunyai padang gurun untuk tinggal dan aku solat di sana, Alhamdulillah. Maka perintahkan padaku suatu malam untuk aku turun ke masjid ini”. Maka baginda berkata (ertinya), “Turunlah pada malam tanggal dua puluh tiga”. Maka aku (perawi) bertanya kepada puteranya, “Apa yang diamalkan ayahmu?” Anaknya menjawab, “Beliau masuk masjid pada waktu solat Asar dan beliau tidak keluar untuk keperluan apa pun sampai beliau solat Subuh. Kemudian setelah solat Subuh, beliau dapati haiwan kendaraannya di depan pintu masjid, maka dia duduk di atasnya dan kembali ke padang gurun”. (Sahih Abi Dawud 1380)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf