Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 20)
Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 20)
Bab 1⃣6️⃣: Bila Dibolehkan Atau Diwajibkan Menerangkan Keadaan Seseorang (Bahagian 1)
Hamdun al-Qassar رحمه الله ditanya, “Bilakah waktu membicarakan (perihal) seseorang?” Ia menjawab, “Jika telah pasti baginya untuk menunaikan kewajipan Allah ini berdasarkan ilmunya atau ia khawatir orang ramai menjadi celaka kerana bid’ah itu dan ia berharap agar Allah menyelamatkannya.” (Al-Ibanah 2/469 no. 473)
Al-Imam Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Jika nasihat itu adalah kewajipan bagi kemaslahatan agama secara khusus mahupun umum, seperti penukilan hadits yang mereka bersalah atau berdusta, sebagaimana kata Yahya bin Sa’id, “Aku bertanya kepada Imam Malik dan ats-Tsawri dan al-Laith bin Sa’ad -aku menduganya al-Auza’i- tentang seseorang yang tertuduh (salah) dalam periwayatan hadits atau tidak hafal (keliru dalam penghafalan), mereka mengatakan, “Jelaskan keadaannya itu”.” (Majmu’ Fatawa 28/231 dan 232)
Al-Imam Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Dan sebahagian ada yang berkata kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Sesungguhnya berat bagiku mengatakan bahawa fulan begitu, fulan begini.” Maka kata beliau, “Jika kamu dan aku diam dalam masalah ini, lalu bilakah orang yang jahil itu akan tahu mana hadits yang sahih dan mana yang cacat?!” Dan seperti imam-imam Ahli Bid’ah yang memiliki berbagai pendapat dan ibadah yang menyelesihi Al-Qur’an dan As-Sunnah, maka menjelaskan keadaan mereka serta memperingatkan manusia dari mereka adalah wajib berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin (Ahli Ilmu)” (Majmu’ Fatawa 28/231 dan 232)
Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة
Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf