10
Nov
2025

Dakwah Yang Tidak Dimulakan Dengan Aqidah Tidak Akan Berjaya

Dakwah Yang Tidak Dimulakan Dengan Aqidah Tidak Akan Berjaya

Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله

Dakwah mesti dimulakan dengan aqidah. Baginda ﷺ berkata kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه ketika baginda mengutusnya ke Yaman, kamu akan datangi suatu kaum dari kalangan Ahli Kitab. Maka hendaklah perkara pertama yang kamu seru kepada mereka adalah persaksian bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Maka jika mereka menerima ini daripada kamu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu siang dan malam.

Maka jika mereka menerima ini daripada kamu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka sedekah yang diambil dari orang kaya mereka dan diberikan kepada orang miskin mereka.

Seperti inilah dakwah disampaikan secara bertahap dan dimulakan dengan aqidah.

Mana-mana dakwah yang tidak bermula dengan aqidah, maka gagallah dakwah tersebut dan tidak ada faedahnya.

Pautan audio rakaman (01:01):
https://drive.google.com/file/d/1iAExPMNwVyXkLeprJUK0BkLdZFyQrIQ9/view?usp=drivesdk

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf