20
Feb
2026

Sahabat Yang Mempunyai Suara Yang Lantang

Sahabat Yang Mempunyai Suara Yang Lantang

Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله

“(Thabit ibn Qays رضي الله عنه) adalah seorang lelaki yang bersuara lantang. Oleh itu tatkala Allah سبحانه وتعالى mewahyukan:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٰتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِيِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِكُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari.” (Al-Hujuraat: 2)

Beliau bersembunyi di dalam rumahnya. Beliau bersembunyi di dalam rumahnya.

Maka Rasulullah ﷺ pun bertanya tentang dirinya. (Para Sahabat) berkata bahawasanya dia bersembunyi di dalam rumahnya. Mereka pergi bertanya kepadanya mengapa engkau bersembunyi di rumah?

Beliau menjawab, “Kerana aku meninggikan suaraku di hadapan Rasulullah…”

(Syaikh mula menangis)

Beliau berkata, “Kerana aku meninggikan suaraku di hadapan Rasulullah… Dan aku takut masuk Neraka!”

Maka Rasulullah ﷺ berkata kepada mereka, “Katakan kepadanya bahawa dia berada di dalam Syurga.”

“Katakan kepadanya bahawa dia berada di dalam Syurga.”

Pautan audio rakaman (00:54):
https://drive.google.com/file/d/1BbOcSfVsoaVC9m2_p3gPIYEgUihXrPzg/view?usp=drivesdk

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf