Mengatakan Saya Salafi Itu Akan Memecah Belahkan Manusia
Mengatakan Saya Salafi Itu Akan Memecah Belahkan Manusia
Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله
❓Soalan:
“Sebahagian da’i di medan dakwah -semoga Allah memberikan mereka hidayah- mereka berkata bahawa istilah Salafi itu akan memecah belahkan di antara manusia. Maka jangan engkau mengatakan, “Saya Salafi”?”
✅ Jawapan:
“Ya, ya, istilah Salafi itu memang memecah belahkan manusia, (iaini) di antara Salafiyin dan Mubtadi’ah (orang-orang yang melakukan bid’ah) dan juga Ahlul Dholalah (orang-orang yang sesat).
Alhamdulillah ini adalah keutamaan (bagi seorang Salafi). Bahawa seseorang berada di atas Manhaj Salaf.
(Allah سبحانه وتعالى berfirman:)
وَٱتَّبَعۡتُ مِلَّةَ ءَابَآءِيٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَۚ مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشۡرِكَ بِٱللَّهِ مِن شَيۡءٖۚ
“Dan aku pengikut agama bapa-bapaku, iaitu Ibrahim , Ishaq dan Ya’qub. Tidak seharusnya bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah.” (Yusuf: 38).
Mengikuti Salaf di atas Tauhid dan di atas Aqidah ini merupakan sebuah kemuliaan dan pujian. Justeru kita bangga dan kita memohon kepada Allah agar Dia menjadikan kita di atas Manhaj Salaf. Dan meneguhkan kita di atasnya. Na’am.
Meski pun kita harus berpisah dengan orang yang kita cintai. Kita tidak hanya dituntut untuk mengumpulkan banyak orang. Kita tidak hanya dituntut untuk mengumpulkan banyak orang. Tetapi kita dituntut untuk mengajak mereka kepada Manhaj Salaf dan Aqidah yang benar. Jika mereka menerima, Alhamdulillah. Dan seandainya mereka mahu berpisah (berpecah belah), maka mereka telah memilih jalan bagi diri mereka sendiri. Na’am.”
Pautan audio rakaman (00:58):
https://drive.google.com/file/d/1m_ontlH4uO0k0GLMXdB_TFAOSNFO5NLI/view?usp=drivesdk
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf



