Ada Ketika Membicarakan Kesalahan Orang Itu Nasihat & Bukan Ghibah
Ada Ketika Membicarakan Kesalahan Orang Itu Nasihat & Bukan Ghibah
Berikut ini riwayat dari para Imam Ahlus Sunnah, tauladan kita (mereka orang-orang yang jauh lebih cemburu terhadap agama ini dari kita semua) yang menjelaskan bahawa membicarakan kesalahan orang merupakan bentuk nasihat dan bukan ghibah (mengumpat) yang haram.
Telah diriwayatkan oleh al-Imam Khatib al-Baghdadi رحمه الله dalam Al-Kifayah 43-46:
• Abu Bakar bin Khalad bertanya kepada Imam Yahya bin Said al-Qattan رحمه الله, “Tidakkah engkau takut bahawa orang-orang yang kau tinggalkan hadits mereka menjadi musuhmu di hadapan Allah kelak?” Jawab beliau, “Mereka menjadi musuhku lebih aku senangi daripada Rasulullah ﷺ yang menjadi musuhku di mana baginda akan katakan mengapa engkau sampaikan hadits dariku padahal engkau tahu itu dusta”.
• Abdullah bin Ahmad رحمه الله berkata bahawasanya Abu Turab an-Nakhsyabi datang kepada ayahku (Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله), ketika itu ayahku berkata, “Fulan lemah, fulan tsiqah (terpercaya)”. Maka Abu Turab berkata, “Wahai Syaikh, jangan engkau mengghibahi ulama”. Maka ayahku menoleh kepadanya sembari berkata, “Ini nasihat dan bukan ghibah”.
• Sufyan bin Uyainah رحمه الله berkata bahawasanya al-Imam Syu’bah رحمه الله mengatakan, “Marilah kita berghibah di jalan Allah”.
• Abu Zaid al-Anshari رحمه الله berkata bahawasanya kami datangi al-Imam Syu’bah رحمه الله di hari hujan lalu beliau berkata, “Hari ini kita tidak akan membahas hadits, namun hari ini hari ghibah, mari kita mengghibai para pendusta”.
• Terkadang al-Imam Syu’bah رحمه الله mendatangi Imran bin Hudair beliau katakan, “Wahai Imran, marilah kita berghibah sejenak”. Mereka bicarakan kesalahan-kesalahan para ulama hadits.
• Al-Imam Ibnul Mubarak رحمه الله berkata, “Mualla bin Hilal (merupakan) orang mulia, hanya saja jika menyampaikan hadits dia berdusta (salah). Mendengar itu sebahagian orang Sufi berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, engkau berghibah?!” Jawab beliau, “Diamlah, kerana jika kita tidak jelaskan bagaimana mungkin dapat dibezakan yang hak dari yang bathil?!”.
• Abu Zur’ah Abdurrahman bin ‘Amr berkata bahawasanya aku mendengar al-Imam Abu Mushir رحمه الله ditanya tentang seseorang yang salah, keliru dan merubah (hadits), maka jawab beliau, “Jelaskan keadaannya”. Lalu aku tanya Abu Mushir, “Menurutmu apakah itu ghibah?” Jawab beliau, “Bukan”.
• Affan berkata bahawasanya kami di majlisnya al-Imam Ismail bin Ulaiyah رحمه الله, maka seseorang menyampaikan hadis dari seseorang, lalu aku berkata bahawa orang ini tidak kuat (dalam riwayat). Mendengar itu salah seorang di majlis berkata, “Engkau telah mengghibahinya”. Maka al-Imam Ismail berkata, “Dia tidak mengghibahinya, akan tetapi menghukumi bahawa dia tidak kuat (dalam riwayat)”.
• Muhammad bin Abi Kholaf meriwayatkan bahawasanya kami di majlis al-Imam Ismail bin Ulaiyah رحمه الله, lalu datang seseorang bertanya kepada beliau tentang hadits Laits bin Abi Sulaim. Maka di majilis itu ada yang menjawab, “Apa yang kau inginkan terhadap Laits bin Abi Sulaim, dia lemah, kenapa tidak engkau tanyakan tentang hadits Ayub?!” Maka orang itu berkata, “Subhanallah, engkau telah mengghibahi seorang ulama!” Lalu al-Imam Ismail bin Uaiyah berkata, “Ya jahil! Justeru dia sedang bernasihat padamu, ini merupakan amanat bukan ghibah”.
• Muhammad bin Bundar as-Sabbak al-Jurjani berkata bahawasanya aku sampaikan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله, “Sungguh berat bagiku untuk mengatakan fulan lemah, fulan pendusta.” Maka al-Imam Ahmad berkata, “Jika kamu diam dan aku juga diam, maka bila orang jahil akan mengetahui yang sahih dari yang dhaif.”
• Al-Imam Abdullah bin Ahmad رحمه الله bertanya kepada ayahnya al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله, “Apa pendapatmu tentang ulama hadits yang mendatangi seorang Syaikh dari kalangan Murji’ah atau Syiah atau sesuatu yang menyelesihi Sunnah, apakah boleh bagiku untuk diam (tidak membicarakannya) ataukah aku mentahdzir (memperingatkan) orang tentangnya?” Jawab ayahku, “Jika dia berdakwah menyeru kepada bid’ahnya, bahkan menjadi imam dalam bid’ah menyeru kepadanya, maka ia engkau tahdzir (ingatkan orang darinya)”.
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf



