Nasihat Yang Penting Buat Anak Muda
Nasihat Yang Penting Buat Anak Muda
Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Bazz رحمه الله
❓Soalan:
“Penanya berkata: “Wahai Syaikh yang mulia, saya seorang lelaki yang masih muda, saya memohon kepada Allah untuk membimbing saya dan saya sentiasa berusaha untuk itu. Tetapi saya ini sering bergurau dan ketawa. Apabila saya biarkan janggut saya tumbuh, saya akhirnya mencukurnya kerana saya merasa saya tidak menghormati akan kemuliaannya. Dan juga kerana komentar yang dibuat oleh rakan sekerja saya, maka saya merasa tertekan dan lalu mencukurnya. Apakah nasihat anda kepada saya?”
✅ Jawapan:
“Saya nasihatkan kamu untuk kekal teguh dan istiqamah. Jangan goyah kerana kumpulan ini dan itu, tinggalkan semua orang yang mempengaruhi atau menarik kamu ke arah yang berbeza. Tidak, kamu mesti mempunyai ketegasan, istiqamah dan kesabaran. Walaupun orang mentertawakan kamu atau mengatakan sesuatu tentang kamu, jangan mempedulikan mereka. Jangan berkawan dengan mereka, jauhi mereka. Sebaliknya, berpegang teguhlah dengan orang soleh yang membela janggutnya, mengetahui nilainya dan memuliakannya.
Kerana Rasulullah ﷺ berkata:
قصوا الشوارب ووفروا اللحى خالفوا المشركين
“Potonglah misai dan biarkan janggut. Selisihilah orang-orang musyrikin.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hendaklah kamu taat kepada Rasulullah ﷺ, berpegang teguh pada ajarannya dan istiqamah dengannya. Berhati-hatilah dengan kata-kata orang yang jahil, jahat dan orang yang berbuat dosa. Berhati-hatilah dari mereka!
Kamu harus mengurangkan ketawa dan gurauan kamu. Jadikan ketawa kamu jarang berlaku dan atas alasan yang munasabah saja. Begitu juga, bergurau hendaklah bersederhana saja. Sebagaimana Rasulullah ﷺ pernah bergurau tetapi hanya berkata dengan sesuatu yang benar, namun ianya jarang-jarang (tidak sering). Baginda hanya ketawa kecil dan kebanyakannya akan tersenyum di waktu-waktu tertentu saja. Jadi jangan ketawa berlebihan, kalau ada keperluan cukup dengan sedikit saja dan begitulah seharusnya.
Adapun bergurau, hindarilah ia agar tidak membawamu kepada perkara yang tidak seharusnya bagimu. Sedikit bergurau dan bersikap mesra dengan saudara-saudara kamu, menggunakan kata-kata yang baik dan benar yang mengandungi sedikit jenaka, itu tidak mengapa. Seperti yang biasa dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, baginda akan bergurau, tetapi baginda tidak pernah berkata apa-apa selain dari kebenaran.”
Pautan audio rakaman (01:57):
https://drive.google.com/file/d/1qdszk6_vFqKzSjUc6pJEHMpr0geUW-FU/view?usp=drivesdk
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf



