Ancaman Bagi Yang Mengganggu Atau Menyakiti Seorang Mukmin
Ancaman Bagi Yang Mengganggu Atau Menyakiti Seorang Mukmin
عَنْ يَزِيدَ بْنِ شَجَرَةَ قَالَ: إِنَّ لِجَهَنَّمَ لَجُبَابًا، فِي كُلِّ جُبٍّ سَاحِلًا كَسَاحِلِ الْبَحْرِ، فِيهِ هَوَامٌّ وَحَيَّاتٌ كَالْبَخَاتِيِّ وَعَقَارِبُ كَالْبِغَالِ الدُّلْمِ، فَإِذَا سَأَلَ أَهْلُ النَّارِ التَّخْفِيفَ قِيلَ: اخْرُجُوا إِلَى السَّاحِلِ، فَتَأْخُذُهُمْ تِلْكَ الْهَوَامُّ بِشِفَاهِهِمْ وَجُنُوبِهِمْ وَمَا شَاءَ اللَّهُ مِنْ ذٰلِكَ فَتَكْشِطُهَا، فَيَرِجِعُونَ، فَيُبَادِرُونَ إِلَى مُعْظَمِ النِّيرَانِ، وَيُسَلَّطُ عَلَيْهِمُ الْجَرَبُ، حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيَحُكُّ جِلْدَهُ حَتَّى يَبْدُوَ الْعَظْمُ، فَيُقَالُ: يَا فُلَانُ! هَلْ يُؤْذِيكَ هٰذَا؟ فَيَقُولُ: نَعَمْ، فَيُقَالُ لَهُ: ذٰلِكَ بِمَا كُنْتَ تُؤْذِي الْمُؤْمِنِينَ.
“Dari Yazid bin Syajarah beliau berkata, “Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam terdapat jurang-jurang (perigi yang dalam). Pada setiap jurang terdapat tepi pantai seperti tepi pantai di laut. Di dalamnya terdapat serangga berbisa dan ular-ular sebesar unta Khurasan (al-bakhati), serta kalajengking sebesar baghal (keldai kacukan) yang hitam pekat (al-bighal ad-dulm).
Maka apabila penghuni neraka meminta agar seksaan mereka diringankan, dikatakan kepada mereka, “Keluarlah kalian ke tepi pantai itu!” Lalu haiwan-haiwan berbisa dan ular-ular tersebut mematuk serta menggigit bibir-bibir mereka, rusuk-rusuk mereka dan bahagian tubuh mana saja yang dikehendaki Allah, hingga mengelupas kulit-kulit mereka.
Maka mereka pun berlari kembali dan berebut masuk ke dalam pusat kobar gejolak api neraka. Kemudian ditimpakanlah kepada mereka penyakit gatal (al-jarab). Sampai-sampai salah seorang di antara mereka menggaruk kulitnya sendiri hingga tampak tulangnya.
Lalu dikatakan kepadanya, “Wahai Fulan! Apakah hal ini menyakitimu?” Ia menjawab, “Ya, benar.” Maka dikatakan kepadanya, “Yang demikian itu disebabkan dahulu kamu suka menyakiti, mengganggu orang-orang yang beriman (semasa di dunia).” (HR al-Hakim 6087 dan al-Baihaqi dalam Ba’ts wa Nusyur 562 dan disahihkan al-Albani dalam Shahih Targhib 3677)
Maka mengganggu atau menyakiti seorang mukmin bukan perkara yang ringan.
نسأل الله السلامة
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf



