3
Nov
2026

Setiap Tempat Yang Kita Berdzikir Di Situ Akan Menjadi Saksi Membela Kita Di Hari Kiamat Kelak

Setiap Tempat Yang Kita Berdzikir Di Situ Akan Menjadi Saksi Membela Kita Di Hari Kiamat Kelak

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

یَوۡمَىِٕذࣲ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا

“Di hari itu (kiamat) bumi menceritakan beritanya.” (Az-Zalzalah: 4)

• Asy-Syaikh Abdurrahman as-Si’diy رحمه الله berkata, “Iaitu bumi akan bersaksi terhadap amal perbuatan manusia yang mereka lakukan di atas bumi dari kebaikan ataupun keburukan. Maka bumi termasuk saksi yang akan bersaksi terhadap amal perbuatan manusia.” (Tafsir as-Si’diy)

• Ibnul Qayyim رحمه الله berkata, “Faedah dzikir yang ke-71: Bahawasanya dengan selalu berdzikir di jalan mahupun di rumah, saat mukim ataupun safar dan di mana pun tempat kamu berada, semua itu akan memperbanyak saksi bagimu (yang akan membelamu) di hari kiamat kerana tempat, rumah, gunung dan bumi ini semua di hari kiamat akan bersaksi (membela) bagi yang berdzikir.” (Al-Wabil ash-Shayyib min al-Kalim ath-Thayyib 197)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf