29
Oct
2015

Mandi Bagi Seorang Yang Baru Masuk Islam

🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧
✸ Kajian Fiqih ✸

MANDI BAGI SEORANG YANG BARU MASUK ISLAM

Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum mandi bagi orang yang baru masuk Islam. Diantara mereka, ada yang berpendapat bahawa hukumnya sunnah, tidak wajib. Mereka berargument bahawa dahulu sangat banyak dari para sahabat yang sebelumnya kafir kemudian masuk Islam, namun tidak dinukilkan bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan mereka semua untuk mandi.

Adapun sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa hukumnya wajib. Mereka berdalil dengan hadith dari Qais bin ‘Ashim رضي الله عنه , beliau berkata :

“Aku mendatangi Rasulullah bermaksud untuk memeluk Islam. Kemudian beliau memerintahkanku untuk mandi dengan air dan daun sidr (bidara).”
📂 (HR. Abu Dawud : 355, an-Nasa’i : 188, at-Tirmidzi : 550. Disahihkan asy-Syaikh al-Albani dalam al-Irwa’ : 128)

Demikian pula hadith dari Abu Hurairah رضي الله عنه mengenai kisah sahabat Tsumamah bin Utsal رضي الله عنه yang baru masuk Islam.
Kemudian Rasulullah ﷺ perintahkan ia untuk mandi.
📂 (HR. Ahmad : 7694. Disahihkam asy-Syaikh al-Albani رحمه الله dalam al-Irwa’ : 128)

☝️ Hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan dua sahabat yang baru masuk Islam tersebut untuk mandi. Adapun dalih tidak adanya penukilan dari Rasulullah ﷺ bahawa beliau memerintahkan semua sahabat yang baru masuk Islam untuk mandi, hal ini tidak menunjukkan bahawa mandi tidak wajib atas mereka. Kerana dengan dua kisah yang telah disebutkan diatas, sudah cukup menunjukkan bahawa mandi bagi orang yang baru masuk Islam hukumnya WAJIB.

Ini adalah pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal, asy-Syaukani, al-Utsaimin dan para ulama besar lainnya رحمه الله تعالى .
📒 (Nailul Authar, 1/391)

📝 Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 21/1435 H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧

You may also like

Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Keutamaan Meluruskan Saf
Cara Meluruskan Saf
Kewajipan Imam Agar Sentiasa Memperhatikan Saf-Saf Makmum