3
Dec
2015

Kewajipan Imam Agar Sentiasa Memperhatikan Saf-Saf Makmum

🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳

KEWAJIPAN IMAM AGAR SENTIASA MEMPERHATIKAN SAF-SAF MAKMUM

al-Imam Muslim dalam kitab Shahih nya no.128 meriwayatkan dari sahabat Nu’man bin Basyir رضي الله عنه, beliau berkata :

❝Kebiasaan Rasulullah ﷺ meluruskan saf-saf kami, sampai-sampai beliau dalam meluruskan saf bagaikan lurusnya anak panah.❞ (Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ baru memulai solat apabila saf-saf telah berada dalam keadaan yang telah lurus, lihat Sunan Abu Dawud : 661)

Dari sahabat al-Barra’ bin Azib رضي الله عنه, beliau berkata :

❝Rasulullah ﷺ ketika akan melaksanakan solat memasuki saf dari satu sisi ke sisi lainnya sambil meratakan dada-dada dan bahu-bahu kami, seraya berkata ‘Janganlah kalian berselisih sehingga hati-hati kalian akan berselisih’.❞
📂 (ʜʀ. ᴀʙᴜ ᴅᴀᴡᴜᴅ ᴅᴀɴ ɴᴀsᴀ’ɪ)

Demikian pula al-Khulafa ‘ur Rasyidin sangat perhatian sekali dalam masalah ini, sampai mereka mengutus beberapa wakil untuk meluruskan dan merapatkan saf.
Mereka tidak akan memulai solat hingga wakil-wakil tersebut memberitahukan bahwa saf-saf telah lurus.
📒 (Lihat Jami’ut Turmidzi 1/439, al-Muwaththa’ 1/173 dan dalam al-Muwaththa’ 1/423).

📝 Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 17/1435H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: thoriqussalaf

🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳

You may also like

Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Keutamaan Meluruskan Saf
Cara Meluruskan Saf
Bentuk-Bentuk Berbakti Kepada Orang Tua (Bahagian 5 – Akhir)