29
Oct
2015

Tips Dari Rasulullah Bagi Menghilangkan Kepenatan Seharian

🎁🌀 Tips Dari Rasulullah Bagi Menghilangkan Kepenatan Seharian

📕Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepadaku, Ghundar telah menceritakan kepada kami, Syu’bah telah menceritakan kepada kami dari Al-Hakam, Aku telah mendengar Ibnu Abi Laila berkata: “Ali telah menceritakan kepadaku bahawa Fathimah mengeluhkan apa yang beliau dapati (berupa bekas pada tangan beliau) kerana menumbuk (tepung).

☝🏽Kemudian dibawakan kepada Nabi seorang tawanan (perang) dan aku segera mendatangi Nabi. Akan tetapi aku tidak menjumpainya dan beliau menjumpai ‘Aisyah lalu Fathimah menceritakan (hajatnya) kepada ‘Aisyah. Ketika Rasulullah datang, ‘Aisyah memberitahukan tentang kedatangan Fathimah kemudian Rasulullah mendatangi kami sedangkan kami telah tidur. Lalu aku berusaha bangun, baginda berkata: “Tetaplah kalian di tempat kalian.” Lalu baginda duduk di antara kami, dan aku (kata Fathimah) merasakan dingin kedua kaki baginda yang diletakkannya di atas dadaku dan baginda bersabda:

☝🏽“Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta kepadaku iaitu bila kalian akan tidur bertakbirlah 34 kali, bertasbih 33 kali, dan bertahmid 33 kali lebih baik bagi kalian dari pada memiliki pembantu (hamba).” (HR Bukhari)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

You may also like

Orang Yang Paling Cerdas
Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Detik-Detik Menjelang Hari Kiamat (Bahagian 10 – Akhir)
Detik-Detik Menjelang Hari Kiamat (Bahagian 9)