30
Oct
2015

Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 1)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

🔗 Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 1)

📕 Rasulullah bersabda, “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (HR Bukhari)

◼ SUTRAH

☝Sebelum mengerjakan solat, jangan lupa menjadikan sutrah (pembatas) di hadapan kita.

📕 Rasulullah bersabda, “Janganlah engkau solat kecuali (dengan) menghadap ke sutrah.” (HR Ibnu Khuzaimah, no. 800)

◼ RAKAAT PERTAMA

1⃣ Niat Di Dalam Hati

📕 Rasulullah bersabda, “Hanyalah amal itu tergantung dengan niatnya dan setiap orang hanyalah memperoleh apa yang ia niatkan.” (HR Bukhari & Muslim)

✅ Al Imam An Nawawi Asy Syafi’i berkata, “Niat adalah maksud.” “Maka orang yang hendak melaksanakan solat, menghadirkan dalam fikirannya solat yang akan dikerjakan dan sifat solat yang wajib ditunaikannya, seperti solat zhuhur sebagai solat fardhu dan selainnya, kemudian ia menggandingkan maksud tersebut dengan awal takbir.” (Raudhatuth Thalibin, 1/243-244)

☝Bimbingan Rasulullah dalam hal niat adalah tidak melafazkannya. Tidak ada satu hadits pun yang menyebutkan bahawa Rasulullah melafazkan niat dalam solat. Kerana niat itu letaknya di dalam hati.

☝Demikian pula yang diterapkan oleh para Al Khulafa’ur Rasyidun dan para Sahabat yang lain. Tidak ada seorang pun dari mereka yang melafazkan niat.

Bersambung InsyaAllah.

📩 (Buletin Saku Al Ilmu, Edisi 8/1434H/2013M)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

You may also like

Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Keutamaan Meluruskan Saf
Cara Meluruskan Saf
Kewajipan Imam Agar Sentiasa Memperhatikan Saf-Saf Makmum