30
Oct
2015

Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 6 – Akhir)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

🔗 Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 6 – Akhir)

1⃣5⃣ Apabila Shalatnya Lebih Dari Dua Rakaat, Maka Bangkit Sambil Bertakbir

Dengan mengangkat kedua tangan, kemudian membaca surah Al-Fatihah sahaja dengan perlahan, lalu melakukan sebagaimana pada dua rakaat sebelumnya.

1⃣6⃣ Apabila Selesai Dari Rakaat Terakhir, Maka Duduk Untuk Tasyahhud Akhir Dengan Duduk Tawarruk

Dengan cara membentangkan kaki kiri dan memasukkannya di bawah kaki kanan, menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari-jari kaki kanan ke arah kiblat, serta (punggung, -pent.) duduk di lantai, lalu membaca doa tasyahhud. Kemudian bershalawat ke atas Nabi.

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَِ

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ،

اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

1⃣7⃣ Membaca Doa Mohon Perlindungan Dari Empat Perkara

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّـالِ.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab Jahannam, dari azab kubur, fitnah hidup dan mati, dan dari kejahatan fitnah al Masih ad Dajjal.” (HR Muslim)

1⃣8⃣ Mengucapkan Salam Sambil Menoleh Ke Arah Kanan & Kiri

Lafaz salam juga beragam di antaranya:

السَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Allahu ta’ala a’lam bish shawab.

☝Perhatian: Yang sangat penting untuk diperhatikan bahawa diantara rukun solat adalah Thuma’ninah, baik ketika rukuk, bangun dari rukuk (i’tidal), sujud, mahupun duduk di antara dua sujud.

Alhamdulillah. Selesai. Moga Bermanfaat.

📩 (Buletin Saku Al Ilmu, Edisi 8/1434H/2013M)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

You may also like

Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Keutamaan Meluruskan Saf
Cara Meluruskan Saf
Kewajipan Imam Agar Sentiasa Memperhatikan Saf-Saf Makmum