Hikmah Di Balik Kewajipan Meluruskan Saf
🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳
HIKMAH DI BALIK KEWAJIPAN MELURUSKAN SAF
❶. Lurusnya saf adalah bahagian dari mendirikan dan menyempurnakan solat.
✑ Di dalam ayat-ayat al-Qur’an, tidaklah Allah ﷻ memerintahkan solat kepada kaum muslimin kecuali selalu menggunakan lafazh إِقَامَةُ الصَّلاَةِ yang bermakna menegakkan/mendirikan solat.
Seperti dalam kandungan firman Allah ﷻ :
❝Dan dirikanlah solat …❞
(QS. al-Baqarah : 43)
Termasuk bahagian dari mendirikan solat adalah meluruskan saf, sebagaimana hadits Rasulullah ﷺ :
سَوُّوا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
❝Luruskanlah saf-saf kalian, kerana lurusnya saf termasuk bahagian dari mendirikan solat.❞
📂 (HR. al-Bukhari : 723)
Dalam riwayat yang lain dari sahabat ‘Anas bin Malik رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda (yang ertinya) :
❝Luruskan saf-saf kalian, kerana lurusnya saf termasuk kesempurnaan solat. ❞
📂 (HR. Muslim : 433)
Sehingga meluruskan saf merupakan penerapan dari mendirikan solat dan sekaligus sebagai penyempurna solat, iaitu tidaklah solat itu sempurna kecuali bila saf-saf telah lurus.
❷. Menguatkan ukhwah dan persatuan kaum muslimin.
✑ Saf yang lurus dan rapat dengan saling menempelkan kaki dengan kaki dan bahu dengan bahu, merupakan bukti terjalinnya ukhwah di antara kaum muslimin. Bagaikan suatu banggunan antara bahagian satu dengan satu bahagian yang lainnya saling terkait dan menguatkan.
Kalau sekiranya dalam solat berjemaah sahaja yang merupakan ibadah di hadapan Allah ﷻ, mereka merasa risih (tidak selesa) dan enggan untuk merapatkan kaki-kaki dan bahu-bahu, lalu bagaimana keadaan mereka bila di luar ibadah solat berjamaah?
Inilah salah satu hikmah yang sangat agung dari sunnah (tuntutan) Rasulullah ﷺ.
❸. Merapatkan saf menutup celah bagi syaithan.
✑ Salah satu sarang syaithan adalah celah kosong diantara saf-saf untuk mengganggu solat kaum muslimin.
Rasulullah ﷺ bersabda :
أَقِيْمُوْا الصُّفُوْفَ وَ حَاذُوْا بَيْنَ الـمَنَاكِبِ وَ سُدُّوْا الخَلَلَ و لِيْنُوْا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلاَتَذَرُوْا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ، وَ مَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ الله وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ الله
❝Luruskanlah saf-saf kalian, sejajarkan antara bahu-bahu kalian, tetuplah celah yang kosong, bersikap lunaklah terhadap tangan saudara-saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan sedikitpun celah-celah bagi syaithan. Barang siapa yang menyambung saf, maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.❞
📂 (HR. Abu Dawud : 666)
📝 Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 17/1435 H/2014M
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: thoriqussalaf
🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳⇎🔳