21
Apr
2018

Syubhat & Bantahan Terhadap Ahlus Sunnah Menyertai Pilihanraya & Parlimen (Bahagian 1)

🔥⚖ Syubhat & Bantahan Terhadap Ahlus Sunnah Menyertai Pilihanraya & Parlimen (Bahagian 1)

✍🏼 Fatwa asy-Syaikh Rabi’ Bin Hadi Al-Madkhali حفظه الله

❓Soalan: 
Sebahagian orang berkata, “Jika Salafiyun (Ahlus Sunnah, -pen) tidak masuk ke kancah Parlimen dan Pilihanraya, mereka tinggalkan hak-hak tersebut untuk kaum liberal. Apa tanggapan kalian terhadap hal ini?”

✅ Jawapan:
☝🏼Wallahi, aku pandang jika mereka memasuki Parlimen nescaya mereka menjadi pelengkap bagi ilmaniyin (kaum Liberal yang memisahkan kepemerintahan dan agama, -pen). Orang-orang menyangka bahawa jika mereka memasuki Parlimen, mereka akan mengusir kaum Liberal dari kerusi-kerusi tersebut dan menduduki majoritinya. Apakah hal ini diwujudkan oleh orang yang ikut serta pada Parlimen?

⁉Apakah mereka berhasil mengusir ilmaniyin dari kerusi-kerusi mereka? Atau tidak semakin menambah kaum ilmaniyin selain kekukuhan. Kerana ketika mereka menyaingi (kaum Liberal), mereka siapkan perbekalan, tegakkan kekerasan dan persaingan. Engkau ingin mengalahkannya sementara ia pun ingin mengalahkanmu. Pada akhirnya dia mengalahkanmu. Hal ini dikeranakan engkau tidak menempuh jalan syar’i yang melazimkan pertolongan Allah –Tabaraka Wata’ala–. Ini merupakan perkara yang makruf.

‼Apakah Ikhwanul Muslimin berjaya ketika masuk Parlimen di Syria, Iraq, Mesir, dan negara-negara yang lainnya? Apakah mereka berhasil dan agama Islam tertegak? Tidak ada hasilnya selain kaum Ba’tsiyin, Komunis, dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan Nasrani (Kristian, -pen) dan yang lainnya semakin kuat. Kekuatannya semakin bertambah sementara mereka semakin lemah. Apa yang mereka wujudkan?

📢 Wahai saudaraku, kami katakan kepada kalian, “Tempuhlah jalan dakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Bimbing umat manusia, sebagaimana yang dilakukan oleh para Nabi. Para Nabi datang (mendakwahi) umat yang sangat melampaui batas. Terkadang di antara mereka, ada yang memiliki “Parlimen” atau yang setara dengannya, para Nabi tidak bangkit menyaingi (umat-umat tersebut untuk merebut) kerusi-kerusi kepimpinan, semata-mata untuk memperbaiki jiwa-jiwa mereka. Para Nabi tidak mengatakan hal yang demikian.”

☝🏼Ibrahim ‘alahish shalatu wassalam datang (membawa syariat Allah) ketika ada Raja zhalim yang dipertuhankan. Demi Allah, dia tidak mengatakan, “Saya akan memasuki Parlimen, lalu saya akan memperbaiki keadaan umat ini dengan ajaran Islam”. Rasulullah ‘alahish shalatu wassalam, orang-orang kafir Quraisy tawarkan kepadanya kerajaan Makkah, baginda enggan. Nabi ﷺ enggan (untuk menerima tawaran tersebut, -pen). Baginda tempuh jalan berdakwah kepada Allah dan menyelamatkan umat manusia dari kesyirikan dan kesesatan.

⚠ Apakah kalian, dengan cara mendesak kaum ilmaniyin, kalian hancurkan kesyirikan, kesesatan, dan pemahaman Liberal (yang memisahkan kepemerintahan dan agama, -pen) atau justeru kalian kuatkan mereka?

❗Ketika engkau bagi-bagikan bahan-bahan kekafiran, engkau memuliakan, mengamalkan, dan membenarkannya. Bukankah engkau semakin menguatkan dan mengukuhkan kekufuran tersebut, dan kaki-kaki orang-orang kafir semakin kukuh dalam melawan Islam?

Bersambung, insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf