21
Apr
2018

Syubhat & Bantahan Terhadap Ahlus Sunnah Menyertai Pilihanraya & Parlimen (Bahagian 2 – Akhir)

🔥⚖ Syubhat & Bantahan Terhadap Ahlus Sunnah Menyertai Pilihanraya & Parlimen (Bahagian 2 – Akhir)

✍🏼 Fatwa asy-Syaikh Rabi’ Bin Hadi Al-Madkhali حفظه الله

⁉ Saya tanyakan, jika mereka berkuasa di Mesir –sehingga kita dapat menjadikan mereka sebagai teladan–, mewujudkan sesuatu (yang mereka dambakan, -pen), mengalahkan kaum ilmaniyin, mengusir dan menduduki kerusi-kerusi mereka dan menguasai mereka. Jika mereka melakukan dan mewujudkan hal yang demikian, kita lihat perkaranya, mungkin kita menyontohi mereka. Kita katakan, “Demi Allah, mereka berhasil pada perkara ini, tentunya kitapun berhasil dalam perkara ini.” Namun kita tidak temukan selain kegagalan. Kita tidak dapatkan selain keterbengkalaian. Kita tidak temukan selain dukungan terhadap kebatilan. Kita tidak dapati selain menyibukkan para pemuda (hingga lalai) terhadap dakwah kepada Allah.

🚫 Bahkan mereka mengajarkan kedustaan dan menebarkan berita-berita dusta, demi membela orang yang mereka calonkan untuk mendapatkan kerusi. Mengajari para pemuda untuk menyodorkan sogokan dan menerimanya. Sehingga mereka merosakkan akhlak para pemuda. Berapa banyak akhlak yang dirosak akibat Pilihanraya, mengundi, dan persaingan tersebut. Berapa banyak akhlak yang dirosak. Kedustaan, penyuapan, khianat, penipuan, … dan, dan, dan seterusnya.

❌ Akibat aktiviti ini, dakwah ke jalan Allah Tabaraka Wata’ala binasa. Jalan yang benar adalah dakwah yang sahih di jalan Allah Tabaraka Wata’ala, meluruskan akidah, dan mengikat kaum Muslimin dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

📣 Menumbuhkan penilaian manusia bahawa engkau tidak menginginkan sedikitpun dari dunia mereka, engkau tidak menginginkan selain apa yang bermanfaat bagi mereka, hingga engkau dapat meyakinkan hal demikian kepada pemilik kerusi tersebut. Engkau katakan, “Wallahi, aku tidak menginginkan apapun, biarkan kerusimu itu untukmu”. Berangkatlah kamu, daripada engkau bersaing dan bergulat dengannya demi mendapatkan kerusinya, berangkatlah ke rumahnya, sodorkan kepadanya nasihat yang sarat akan dalil, semoga Allah memberi hidayah kepadanya melaluimu.

🔎 Ini adalah cara yang paling baik, daripada kamu beradu dan bersaing dengannya, masuk melakukan penyuapan dan kedustaan, sehingga orang ilmaniyin ini tidak menerimamu dan orang yang lainnya tidak menyambut ajakkanmu, kerana dia tahu bahawa sesungguhnya kamu bertindak kerana ingin mendapatkan kerusi, harta, dunia, dan jawatan. Namun ketika engkau membawa dakwah yang bersih (dari semua kecenderungan tadi, -pen), engkau tidak ingin menyaingi perdagangan, kekuasaan, dan kerusi mereka, sesungguhnya kita hanya ingin menghadiahkan kebaikan dan menyajikan kebenaran bagi mereka, semoga Allah Tabaraka Wata’ala redha terhadap mereka, sehingga mereka bahagia di dunia dan di akhirat.

⚔ Adapun jika kita datang bergulat dan bertinju, manusia tidak memerlukanmu ketika mereka melihat bahawa engkau melakukan pertinjuan dan pergulatan untuk meraih kerusi-kerusi (jawatan tersebut, -pen). Bukankah dakwah Salafiyah di Kuwait melemah setelah Salafiyin atau orang yang menamakan dirinya sebagai “Salafiyin” mengajak ke Pilihanraya, Parlimen, dan pergerakan yang beraneka ragam. Dakwah Salafiyah lemah. Seandainya mereka tetap berada pada jalan mereka yang asal, tidak jarang mereka tersebut menjadi orang-orang yang berjalan di atas kebenaran, pemerintahan menjadi terbimbing, dan berhukum dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ‘alaihish shalatu wassalam.

📁 Sumber: Fatawa Fadhilatisy Syaikh Rabi’ al-Madkhali 1/213-215, Kaset yang berjudul: Waqafat fil Manhaj Al-Kuwait 2-1423

📂 http://forumsalafy.net/fatwa-asy-syaikh-rabi-bin-hadi-al-madkhali-hafizhahullah/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf