13
Jun
2018

Di Mana Kita Melaksanakan Solat Idul Fitri?

🏞🌴 Di Mana Kita Melaksanakan Solat Idul Fitri?

☝🏼Solat Idul Fitri secara syari’at dilaksanakan di mushalla Id (tanah lapang) bukan di masjid, dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya رضي الله عنهم, dalam keadaan mereka sangat memahami keutamaan solat di Masjid Nabawi yang menyamai seribu kali solat di selainnya (kecuali Masjidil Haram). Tetapi dengan semua itu, Rasulullah ﷺ, Khulafaur Rasyidin dan seluruh sahabatnya رضي الله عنهم tetap melaksanakan solat Id di tanah lapang.

📕Hal ini berlandaskan hadits Abu Sa’id Al Khudri رضي الله عنه, beliau berkata, “Dahulu Rasulullah ﷺ selalu keluar menuju tanah lapang untuk melaksanakan solat Idul Fitri dan Idul Adha…” (HR al-Bukhari no. 956)

✅ Asy-Syaikh Al-Albani رحمه الله berkata, “Sunnah Nabi ﷺ sesuai dengan hadits-hadits yang sahih menunjukkan bahawa baginda selalu mengerjakan dua solat Id di tanah lapang pinggiran kampung, dan ini terus berkelanjutan di masa generasi pertama (umat ini), mereka tidak melaksanakan di masjid-masjid kecuali bila ada udzur atau dalam keadaan darurat, seperti hujan dan sejenisnya. Inilah madzhab imam yang empat dan selain mereka dari para imam.” (Lihat Shalatul ‘Idaini fil Mushalla Hiyas Sunnah, hal. 35).

📂 Sumber: http://www.darussalaf.or.id/fiqih/ber-idul-fitri-di-atas-sunnah-nabi-shalallahu-alaihi-wa-sallam/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf